Kenapa Pengampunan Penting?
1. Pelepasan
2. Penyembuhan dalaman
3. Kebangkitan iman
4. Penyembuhan fizikal
Markus 2:9
2:9 Manakah lebih mudah, mengatakan kepada orang lumpuh ini: Dosamu sudah diampuni, atau mengatakan: Bangunlah, angkatlah tilammu dan berjalan?
Di sini Yesus mengetahui bahawa ahli Taurat itu berfikir bahawa Dia sedang menghujat Allah. Ketika itu, Yesus menyatakan dalam Markus 2:5 bahawa : “Hai anak-Ku, dosamu sudah diampuni! Peristiwa ini mengajar kita agar lebih dahulu mengampuni atau meminta pengampunan dahulu sebelum kita mengambil tindakan yang selanjutnya. Kata-kata Yesus dalam ayat 5 telah memberi pengharapan kepada orang lumpuh tersebut bahawa dia diampuni. Mungkin sekali dia merasa lega kerana dirinya telah diampuni. Kelegaan tersebut akhirnya telah membangkitkan imannya untuk sembuh kerana dia merasa dilepaskan daripada bebanan dalam dirinya.
Kita pernah mendengar daripada seorang yang sakit akan berkata, “ah, mungkin semuanya ini ditimpakan kepada saya sebab kesilapan yang pernah saya lakukan suatu ketika dahulu.” Atau orang lain mungkin sekali berfikir seperti ini, “dia sakit kerana banyak dosa yang dilakukannya ketika dahulu. Dia pernah memukul orang lain. inilah karma.” Perkataan seperti ini akan menyebabkan pesakit akan merasa bersalah dan meratapi dirinya. Ia mungkin lebih banyak berfikir dan menyesali perbuatannya daripada memikirkan tentang kesembuhan. Penyesalan ini akan merundumkan imannya dan akhirnya membantutkan kepercayaannya untuk sembuh.
Kesembuhan terjadi bermula dari dalaman seseorang. Seringkali kita mendengar kesembuhan terjadi secara ajaib tanpa bantuan perubatan. Secara psikologi, apabila seseorang itu memikirkan dan menetapkan di dalam hatinya bahawa dia percaya dia akan sembuh daripada penyakitnya. Bagaimana seorang itu boleh percaya jika dirinya selalu menyalahkan keadaan atau diri sendiri? Sebab itu kenapa pengampunan penting.
Yesus mengajar kita untuk menunjukkan kasih terlebih dahulu sebelum kita mengambil langkah yang selanjutnya. Apakah perasaan anda sekiranya anda rasa bersalah terhadap seseorang dan sukar untuk anda melupakannya, kemudiannya orang itu datang kepada anda dan berkata, “saya memaafkan kamu?” Tentu sekali anda akan berasa sangat lega dan gembira. Anda rasa dilepaskan daripada beban perasaan dan jiwa anda bangkit daripada ratapan yang begitu lama sehingga anda merasakan bahawa ‘akhirnya saya dapat menjalani hari baru yang baik sekali.’ Anda rasa sangat bebas!
Orang lumpuh itu akhirnya bangkit dan dapat berjalan setelah dia diampuni. Kesimpulannya, kebangkitan akan terjadi selepas pengampunan kerana pengampunan membangkitkan iman yang hilang. Apabila iman seseorang bangkit, kepercayaan untuk sembuh turut bangkit. Akhirnya, kesembuhan yang sebenar terjadi.
Matius 6:14
6:14 Karena jikalau kamu mengampuni kesalahan orang, Bapamu yang di sorga akan mengampuni kamu juga.
Be Bless
No comments:
Post a Comment