Merenungkan Firman Tuhan juga disebut sebagai waktu sunyi, di mana seseorang akan cuba memahami apa yang terkandung dalam Firman Tuhan. Fakta, isi tersurat, isi tersirat, makna, maksud dan aplikasi. Bagi memahami Firmna Tuhan secara mendalam, seseorang perlu meletakkan dirinya ke dalam situasi pembacaannya. Malah, dia perlu merungkai setiap maksud Firman Tuhan dengan membentuk soalan-soalan tertentu.
Antara soalan yang boleh anda gunakan semasa merenungkan Firman Tuhan adalah:
1. Karakter Tuhan?
Melalui pembacaan anda, apakah karakter Tuhan yang anda dapati. Persoalan ini dapat membantu kita untuk mengenali Tuhan dengan lebih lagi. Tujuan utama merenungkan Firman Tuhan adalah untuk mengenali siapakah Tuhan kita.
2. Perhubungan saya dengan Tuhan?
Kita dapat menyelidiki perhubungan kita dengan Tuhan melalui Firman Tuhan. Bagaimana pandangan Tuhan terhadap kita, siapakah kita bagi Tuhan. Sekiranya anda memahami siapakah diri anda di mata Tuhan, anda akan mengerti betapa manusia berharga di mata Tuhan
3. Perhubungan saya dengan yang lain?
Firman Tuhan turut mengajar tentang cara hidup sebenar seorang Kristian. Bagaimana seorang harus melayani yang lain. Malah, ia membentuk sikap kita terhadap antara satu sama lain.
4. Bahaya yang harus dielakkan?
Sekiranya anda perlu membuat keputusan yang betul, anda memang perlu merujuk Firman Tuhan kerana anda akan melihat pelbagai perkara dan juga akibat daripada langkah yang diambil. Setiap pembacaan akan membawa kita ke arah kematangan, di mana kita dapat membezakan yang baik dan buruk. Semestinya anda ingin mengelakkan diri daripada keburukan sebab akibatnya adalah sangat memberikan impak terhadap hidup anda.
5. Janji yang perlu dirangkul?
Perkara yang paling disenangi oleh seseorang adalah janji yang diberikan oleh seseorang. Dalam erti kata lain, ia merupakan satu penghargaan bagi setiap orang. Firman Tuhan juga sama, ia bukan setakat rekod, tetapi adalah satu janji yang anda harus percaya. Sekiranya anda memerlukan pengalaman bersama Tuhan, anda perlu berdoa dengan menuntut janji yang Tuhan nyatakan dalam Firman Tuhan. Ingat, Dia tidak pernah melupakan janji-Nya.
6. Bagaimana saya mengaplikasikan Firman Tuhan dalam hidup saya?
Persoalan ini sangat penting untuk anda melihat impak Firman Tuhan dalam hidup anda. Ia bukan setakat untuk direnungkan, tetapi juga untuk dilakukan. Anda akan melihat pertumbuhan dan perubahan terjadi dalam diri anda sekiranya anda mengambil berat akan hal ini.
Kesimpulannya, setiap orang memiliki langkah untuk merenungkan Firman Tuhan. Setiap orang memiliki cara tersendiri untuk mendalaminya. Jika anda mahu bertumbuh, anda perlu membaca mulai dari sekarang dan meneruskannya. Jangan berhenti. Orang yang setia akan berbuah dalam pengharapannya.
Nota: Untuk meringkaskan lagi soalan yang ada, satu perkataan yang ringkas dibentuk agar anda sentiasa ingat soalan yang digunakan semasa merenungkan Firman Tuhan. Sila rujuk di bawah:
ChaReDaPAt (Cari dapat)
@
Character Relationship Danger Promise Application
No comments:
Post a Comment