Hari Pertama: Terang (Siang) & Gelap (Malam)
Hari Kedua: Langit dan Bumi
Hari Ketiga: Darat & Laut, Tumbuhan
Hari Keempat: Benda penerang terbesar yang menguasai siang
& malam iaitu Matahari, Bulan, juga Bintang
Hari Kelima: Binatang di laut dan burung
Hari Keenam: Binatang di muka bumi dan Manusia
(v28) Kuasa diberikan kepada manusia
(v7) Allah telah telah menghembuskan nafas-Nya ke hidung
manusia agar ia hidup. Tuhan telah menyediakan tempat tinggal untuk manusia di
Taman Eden
(v15) Perempuan – dari tulang rusuk laki-laki & menjadi
penolong kepada laki-laki (v20, v23)
Manusia ada untuk mengusahakan sesuatu
Sebelum manusia dicipta, Tuhan telah mencipta ‘rumah’
untuknya diam. Sebab itu, kenapa pada hari keenam, baharulah manusia itu
diciptakan. Berbeza daripada ciptaan yang lain, Tuhan mencipta manusia menurut
gambaran-Nya, dan telah menghembuskan nafas-Nya untuk menghidupkannya. Berbeza
dengan ciptaan-Nya yang lain, manusia menerima sebahagian daripada Tuhan iaitu
nafas untuk hidup. Malah, Tuhan memberi kuasa kepada manusia untuk berkuasa ke
atas setiap ciptaan yang lain.
Kemudian, wanita/perempuan turut berharga di mata Tuhan.
Sebab, Dia telah menghembuskan nafas pada manusia sehingga menerima sebahagian
daripada diri-Nya. Perempuan juga sempurna kerana juga adalah sebahagian
daripada manusia yang sempurna daripada Allah. Kita dan Tuhan saling berkaitan.
Laki-laki berkaitan dengan Allah melalui nafas yang Allah berikan, manakala
perempuan berkaitan dengan laki-laki melalui tulang rusuk. Wanita dan laki-laki
adalah satu dengan Tuhan sehingga terjadinya peristiwa ketidaktaatan manusia menyebabkan
terpisah daripada Allah.
Tuhan menempatkan manusia di Taman Eden untuk mengusahakan
dan memeliharanya. Begitu juga dengan kita ditempat di pelbagai tempat sebab
Tuhan memiliki rancangan untuk kita di sana. Keberadaan kita di sesuatu tempat adalah bukan kebetulan tetapi adalah rancangan Tuhan. Rancangan-Nya ialah agar kita
mengusahakan pelbagai perkara di mana saja kita berada. Terpujilah nama Tuhan.
Kita adalah berharga di mata Tuhan.
No comments:
Post a Comment