Monday, 14 April 2014

Kristen Di Lubang Arnab

Santapan Harian pernah menuliskan tentang arnab yang merupakan haiwan yang penakut dan berusaha untuk mengelakkan diri daripada bertembung dengan haiwan lain. Mereka tinggal di dalam lubang dan hanya bertegur sapa dengan jiran arnab-arnab yang lain. Setiap kali keluar mencari makanan, arnab ini akan cepat-cepat masuk ke dalam lubangnya selepas berjaya mencari makanan. Ia  berkata "Baguslah, kita telah berjaya melalui hari ini dengan baik dan selamat."

Penulis telah mengulas tentang kehidupan kita sebagai Kristen kadang-kadang menjadi seperti arnab ini. Cuma kenal dan bergaul dengan orang sesamanya. Hidup dalam kumpulan "orang-orang kudus." Alasannya, saya lebih mempercayai orang-orang yang seiman denganku. Atau bagi mengelakkan diri daripada berdosa. Atau keselesaan bergaul dengan teman seiman. Atau salah faham dengan pernyataan yang menyatakan bahawa terang tidak mungkin bersatu dengan gelap. (2 Korintus 6:14) Tidak hairanlah orang Kristen bersikap menyendiri sambil membenarkan diri.

Sebaliknya Yesus merelakan dirinya yang kudus bercampur gaul dengan pemungut cukai, perempuan sundal dan ramai orang berdosa. Dia telah membuatkan ramai ahli Farisi dan ahli Taurat berasa tidak senang dengan perbuatan-Nya dan menggelar Dia 'sahabat pemungut cukai dan sahabat orang berdosa'. (Matius 11:19)

Salah seorang pemungut cukai yang Yesus ziarahi ialah Zakheus yang akhirnya bertobat. Malah, murid-Nya sendiri iaitu Matius yang dipilih untuk melayani dan dilayani oleh Yesus sendiri. Yesus tahu bahawa perhubungan boleh membantu dalam keselamatan jiwa seseorang. Demikian, terang yang ada pada-Nya menerangi kegelapan di jiwa mereka. (Yohanes 8:13) Sebab itu, Dia dihormati oleh kerana Dia peduli akan mereka.

Cabaran untuk kita pada waktu sekarang; adakah kita sanggup melakukan hal yang sama seperti Yesus lakukan. Sanggupkah kita bergaul dengan orang yang tidak sama aturan dengan kita. Relakah kita berkawan dengan orang yang tidak disukai masyarakat. Atau orang yang pernah berbuat jahat. Sanggupkah?

HVL- Yesus sudah melengkapi kita dengan Roh Allah dan meyakinkan kita bahawa Dia akan menyertai kita agar kita dapat menjadi contoh teladan-Nya. Marilah kita berjaga-jaga agar tidak menjadi orang Kristen yang bagaikan arnab di dalam lobang.

Matius 5:15  Lagipula orang tidak menyalakan pelita lalu meletakkannya di bawah gantang, melainkan di atas kaki dian sehingga menerangi semua orang di dalam rumah itu.

Berdoalah memohon kekuatan daripada Tuhan untuk mencontohi teladan-Nya dan kesanggupan-Nya. Untuk itulah kita dipanggil. Bukan hanya saya atau kamu sahaja, tetapi KITA.

No comments:

Post a Comment