091013 Rabu
Kami bercadang mahu memindahkan perabot panjang yang berada di tengah pejabat ke bahagian depan pejabat. Saya, bos dan Mr Ed mula mengambil posisi masing-masing. Saya di bahagian tengah, bos dan Mr Ed di bahagian tepi. Walau bagaimanapun, perabot pejabat itu susah untuk diangkat kerana alas kaki perabot tersangkut di carpet biru. Akhirnya, ia terpakasa dibongkar. Kemudian, kami berjaya membawa perabot ke posisi depan.
'Ah, pengubahsuaian ofis agak memenatkan dan menyusahkan untuk bergerak'. Saya fikir.
Sebab, sebenarnya, perabot tersebut sebelum ini memang berada di hadapan kemudian dipindahkan ke tengah, kemudian dipindahkan lagi ke hadapan. Dengan ruang yang semakin sempit.
"Aik, mana kaki meja ni?" Saya dan Mr Ed cuba mencari di kawasan berhampiran. Ternyata kaki meja tersebut tertanggal. Kami menjumpainya. Tidak lama kemudian.
"Kaki meja satu lagi mana?" bos bertanya. Kami mencari lagi kaki meja yang entah hilang ke mana.
"Saya rasa mereka sudah buang," bos bercakap sendiri. Sepanjang hari ni saya agak berat mulut dan kurang bercakap. Hanya bos dan Mr Ed yang bercakap dengan bahasa yang saya kurang fahami. Apa pun, saya senang mendengar mereka berbicara walaupun tidak mengerti akan bahasa yang digunakan. Ya, lebih baik mendengar sahaja dan tidak perlu menganalisisnya. Kalau diterjemah ke dalam tulisan ia akan menjadi seperti ini:
Bos: sdjefu djf7878932 *%^$%gfiseub
Mr Ed: fjeihgf93489b ry73uids 990349 ed7342 sasrjasriekf
Seperti kod yang tidak diketahui, tetapi familiar untuk didengar.
Sayang sekali kami tidak menjumpai kaki meja tersebut. Saya terus mencari sementara Mr Ed dan bos mula memasang semula perabot tadi. Di dalam hati saya fikir, saya mahu terus mencarinya.
'Mana tahu saya akan dapat balik.'
Ke kiri, ke kanan, tengok bawah, tengok tepi. Tidak juga jumpa. Kemudian, saya cuba menyelidiki tempat perabot itu berada sebelum ini. Saya melihat bekas kaki meja ada 6 biji. Jadi, sememangnya orang yang mengubahsuai ofis kami tidak membuang kaki meja itu. Ya! Saya mendapatinya misteri.
MISTERI KEHILANGAN KAKI MEJA.
Saya terus mencari dan mencari di kawasan tempat pemindahan. Sambil itu, saya mengelap perabot yang lain. Saya fikir, saya seperti ibu saya yang tidak pernah berputus asa untuk mencari sesuatu yang hilang. Pernah sekali dia mencari barang kecil yang hilang dari petang sampai tengah malam. Sampai ayah saya berkata:
"Sudah, sudahlah tu. Esok kamu cari lagi. Sekarang ni kita mahu tidur."
"Kamu jangan pedulikan saya. Tidur saja," mak membalas sambil membongkar laci-lacinya yang tidak jauh dari tempat tidur kami.
Oh.. saya tidak dapat tidur masa itu sebab bunyi bising dari almari mak ditambahkan bunyi plastik yang dibuka. Dalam keadaan sunyi begitu, sambil mendengarkan rentak irama plastik yang agak kurang menyenangkan.
Ya, saya seperti mak yang tidak berputus asa sehingga jumpa. Saya mula membuat satu konklusi, seperti Conan yang membuat andaian dalam penyiasatannya. Peristiwa ini seperti penyiasatan misteri yang sebenarnya bukan misteri.
'Kalau mereka tidak buang, maksudnya, kaki meja itu masih ada.'
'Kalau mereka sudah buang, kenapa bekas di carpet ini menunjukkan bahawa kaki meja itu lengkap 6 biji?'
'Kalau begitu, kenapa saya susah mahu jumpa kaki meja itu tertanggal di atas lantai, macam yang satu lagi. Kenapa belum jumpa sampai sekarang!!!'
Kemudian, saya mengandai lagi,
'Kalau kaki meja itu tidak tercicir di lantai atau tercicir di tempat yang kelihatan, kemungkinan besar ia tercicir di sudut yang tak kelihatan.'
'Jeng, saya macam tahu di mana kaki meja itu berada.' Saya mula mengagak.
Saya mula beralih ke bahagian bawah meja, di celah-celah kami meja tersebut. Tiba-tiba, tangan saya tersentuh benda bulat.
'Jeng, ini dia! Yei, saya berjaya menyelesaikan misteri ini.'
Ketika bos siap memasang besi penyambung, saya memberikan kaki meja itu kepadanya.
"Aik, kamu sudah jumpa," bos berkata.
"Ya, di bawah meja, terselit di sana," saya merasa gembira.
Akhirnya, keputusan saya untuk tidak berputus asa pun berhasil. Sekurang-kurangnya, kami tidak perlu meletakkan alas yang lain di bawahnya. Lagipun, sekarang, meja itu nampaknya lengkap dan sempurna. Ia lebih stabil dan lebih mudah untuk diatur.
"Lain kali, kita jangan alihkan meja ni," bos menetapkannya sambil mengelap peluhnya.
Kesimpulannya, kehilangan sesuatu adalah misteri. Tetapi bila kamu memiliki bukti, ia bukan misteri lagi tetapi adalah serpihan puzzle yang perlu disambungkan untuk mencapatkan gambaran penuh iaitu jawapan. Jika kamu tidak berputus asa kamu akan mendapatkannya, sama ada baik atau buruk keputusannya, yang penting, kamu merasa puas dengan usaha yang dilakukan.
Jangan berhenti untuk mencari yang hilang...
No comments:
Post a Comment