Monday, 27 July 2015

Mimpi Tentang Keselamatan

Malam yang penuh dengan mimpi yang menggerunkan. Seperti perasaan yang sebenar dan seperti ianya betul-betul terjadi:

Saya melihat ke arah pentas yang sangat besar. Seseorang yang sedang bersaksi di atas pentas tersebut, saya rasa sangat teruja dan mendengar dengar tekun. Walau bagaimanapun, apa yang dikatakannya tidak jelas didengar. Kemudian, dia memanggil saya.

Orang yang di atas pentas: "Saya ingin menjemput seorang yang sangat penting untuk saya berada di atas pentas bersama dengan saya. Saya memberikan ruang ini untuk gembala saya berucap."
Yang agak menghairankan saya ialah saya respon dengan sendirinya. Saya angkat dan melihat ramai sekali orang berada di bawah pentas. Apa yang saya sedar ketika itu ialah orang yang menjemput itu adalah bernama Aiza. Wajahnya tidak begitu jelas tetapi saya tahu dia adalah domba Tuhan yang menjadi diajar dan bertumbuh.

Ketika saya masih lagi bercakap mengenai Injil Tuhan, tiba-tiba saya merasakan sesuatu yang luar biasa terjadi dan mendorong semua kami untuk menyembah Tuhan. Kemudian, ketika itu ramai yang diselamatkan. Ramai yang bergembira. Tuhan melakukan tanda dan mukjizat saat memberitakan nama-Nya. Perasaan saya ketika itu sangat gembira dan saya tidak tahu bagaimana ini terjadi. Ianya seperti betul-betul terjadi. Penyembuhan, mukjizat dan tanda-tanda terjadi. Itu yang saya sedari ketika itu. Saya merasa sangat kagum walaupun kehairan dengan kuasa Tuhan. Mereka yang menyaksikan hal itu telah bertobat dan diselamatkan dalam nama Yesus. Oleh kerana terlampau ramai orang, kami berdua - saya dan Aiza - berbahagi kepada dua kumpulan untuk berdoa bagi keselamatan ketika itu.

Kemudian, orang yang diselamatkan itu pergi ke rumah masing-masing dan bersaksi pula tentang tanda dan mukjizat yang mereka saksikan. Orang yang mendengar kesaksian di kampung mereka telah menjadi percaya dan beriman. Setiap tanda dan mukjizat yang mereka dengar dari kesaksian saudara-saudari mereka telah membuatkan hati mereka percaya dan mahu bertobat. Meskipun, mereka tidak melihat tanda dan mukjizat, tetapi hati mereka tetap percaya. Mereka menerima keselamatan di rumah masing-masing dengan hati yang gembira. Mereka memuji Tuhan akan segala kebaikan-Nya

Tiba-tiba kami berada di sebuah sungai dan melakukan baptisan air dalam nama Yesus Kristus. Ketika pembaptisan itu terjadi, tiba-tiba air menjadi bah dengan cepat sekali. Walau bagaimanapun, saya telah menyatakan dengan percaya kepada mereka, "Jangan berganjak dari tempat ini. Mari berdoa, saya percaya Tuhan akan melakukan perkara yang luar biasa di tempat ini. Air ini pasti akan surut!" Tuhan menjawab doa kami, dan kemudian dengan cepat sekali air surut. Sekali lagi mukjizat terjadi sehingga orang memuliakan Allah akan perkara ajaib untuk orang yang mahu dibaptiskan. Saudara  mereka yang berada di tempat itu pun datang ke tengah sungai dan menerima Yesus. Kemudian, mereka turut dibaptiskan secara langsung di sana bersama dengan yang lain.

Yang menyaksikan bukan hanya setakat percaya dan diselamatkan, tetapi juga menjadi pencerita dan kesaksian kepada yang lain. Yang mendengar menjadi percaya akan kuasa Tuhan dan diselamatkan. Imanlah yang membuat mereka berani dan menerima Tuhan. Kasih Karunia Tuhan ada ditempat itu! Amen!
IA PASTI AKAN TERJADI! DALAM NAMA YESUS KRISTUS! AMEN!

No comments:

Post a Comment